Wednesday, December 21, 2011

0 comments

Jawatan Kosong di Malaysia Airlines

Jawatan Kosong di Air Asia

Berita ; SBPA: Melayu dalam sektor awam terpinggir



KUALA LUMPUR, 21 Dis: Orang-orang Melayu yang berada dalam sektor awam jelas dipinggirkan oleh Kerajaan BN, malah diperlakukan seperti buruh paksa, sekiranya sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dilaksanakan tahun depan.

Realiti itu terserlah apabila sistem tersebut bukan memberikan keistimewaan kepada kakitangan yang berada di Kumpulan Sokongan yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu, malah lebih mementingkan mereka yang berada di dalam Kumpulan Premier dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, Kumpulan Premier terbahagi kepada empat iaitu Premier 1 yang meletakkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) di dalamnya , Premier 2, Premier 3 dan Premier 4 yang kesemuanya akan menerima kenaikan gaji amat tinggi menerusi SBPA.

Menurutnya, mereka yang berada di dalam Kumpulan Premier hanya berjumlah 36 dan sekiranya SBPA dilaksanakan nanti bagi menggantikan Sistem Saraan Malayasia (SSM) yang digunakan sekarang, KSN akan menerima kenaikan gaji amat tinggi sehingga RM60,000 sebulan.

Katanya, selain itu, KSN akan turut menerima bayaran-bayaran lain termasuk imbuhan tetap sebanyak RM9,300 sebulan, elaun perumahan RM3,750 sebulan, elaun pembantu rumah sebanyak RM2,000 sebulan, elaun kemudahan untuk perkhidmatan, penanggungan kerja, bayaran untuk isteri mengiringi suami ke majlis-majlis tertentu, elaun pakaian, air, letrik dan gas.

"Mereka yang berada di dalam Premier 2 akan menerima gaji RM42,000 sebulan, Premier 3 sebanyak RM40,000 sebulan dan Premier 4 sebanyak RM35,000," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Imbuhan tetap bagi mereka yang berada di dalam Premier 2 sebanyak RM8,200, Premier 3 (RM8,100) dan Premier 4 (RM8,000), manakala elaun perumahan masing-masing sebanyak RM2,750 sebulan dan elaun pembantu rumah sebanyak RM1,000 sebulan.

Mereka juga akan turut menerima bayaran-bayaran elaun lain yang agak tinggi termasuk elaun kemudahan untuk perkhidmatan, penanggungan kerja, bayaran untuk isteri mengiringi suami ke majlis-majlis tertentu, elaun pakaian, air, letrik dan gas.

Beliau difahamkan mereka yang berada dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula akan menerima kenaikan gaji agak tinggi sehingga sebanyak RM5,000 sebulan.

"Ini menjadikan gaji minima mereka yang berada dalam Turus (VU4/VK4) sebanyak RM15,850 dan maksima RM25,230, manakala gaji minima bagi Gred Utama Khas A atau Jusa A (VU5/VK5) sebanyak RM14,760 dan maksima RM22,880 sebulan," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Gaji minima bagi mereka yang berada dalam Gred Utama Khas B (Jusa B) sebanyak RM13,775 dan maksima RM20,750 sebulan, manakala gaji minima bagi Gred Utama Khas C atau Jusa C sebanyak RM12,000 dan maksima RM17,770 sebulan.

Jurang yang berlaku antara Kumpulan Premier serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Sokongan, tambahnya, amat ketara apabila Kumpulan Sokongan hanya akan menerima kenaikan gaji antara RM80.00 ke RM100.00 sebulan.

Penganiayaan terhadap Kumpulan Sokongan lebih ketara apabila mereka dimestikan menurunkan tandatangan bagi persetujuan untuk pelaksanaan SBPA sehingga 31 Disember ini, tanpa dijelaskan kedudukan sebenar tangga gaji mereka serta lain-lain bayaran.

Katanya, keadaan itu amat berbeza berbanding Kumpulan Premier dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang telah dimaklumkan lebih awal tentang tangga gaji dan bayaran-bayaran lain yang akan diterima oleh mereka sebelum sistem tersebut dilaksanakan, malah sejak beberapa minggu lalu.

"Ini menjadikan mereka yang berada di dalam Kumpulan Sokongan menjadi serba salah, tertekan dan terhina dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN itu terhadap mereka.

"Mereka itu pula adalah mewakili sejumlah besar daripada 1.4 juta orang kakitangan sektor awam yang kebanyakannya orang Melayu," tegasnya.

Lebih jauh dari itu, beliau menyifatkan perlaksanaan skim tersebut bertujuan untuk menjaga kepentingan KSN yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada bulan Mei tahun depan.

"Sekiranya skim itu dilaksanakan awal tahun depan, bermakna KSN yang akan bersara nanti akan berpeluang menikmati pencen yang tinggi kerana berkesempatan berkhidmat ketika skim itu dilaksanakan dengan menikmati gaji RM60,000 sebulan," katanya.

Beliau amat kesal kerana Kerajaan BN sanggup bertindak sedemikian hanya bagi kepentingan individu tertentu dalam perkhidmatan awam termasuk KSN, sehingga sanggup menekan dan menganiaya pekerja-pekerja lain yang jauh lebih besar jumlahnya.

Sehubungan itu, beliau menyokong penuh usaha Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk mempertahankan pendiriannya bagi mendesak Kerajaan BN menjelaskan mengenai kedududukan tangga gaji Kumpulan Sokongan terlebih dahulu, sebelum meminta kakitangan yang berada di dalam kumpulan itu menurunkan tandatangan masing-masing.

Beliau juga berharap agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs menubuhkan jawatankuasa khas bersama bagi membincangkan perkara itu demi kepentingan kakitangan sektor awam, khususnya mereka yang berada di dalam Kumpulan Sokongan, yang jelas teraniaya sekiranya skim SBPA dilaksanakan.

"Saya berharap agar Kerajaan BN akan menangguhkan terlebih dahulu perlaksanaan SBPA sehingga segala kezaliman yang berlaku bagi Kumpulan Sokongan itu diatasi, atau sehingga Cuepasc memberikan persetujuannya mengenai perkara itu," tegas beliau.

Sumber; Harakahdaily

Berita ; CUEPACS Minta Tangguh SBPA


Omar Osman (dua dari kanan) menunjukkan siaran akhbar mengenai bantahan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam kepada sebahagian penjawat awam di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Timbalan Presiden CUEPACS, Azih Muda (kanan). - BERNAMA


KUALA LUMPUR 18 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan berkuat kuasa 1 Januari depan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya mahu CUEPACS diberi hak untuk turut sama dalam perundingan mengenai pelaksanaan skim tersebut.

"Kami sangat kecewa kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak langsung mengadakan rundingan dengan CUEPACS sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

"Tidak seperti sebelum ini, kami sentiasa diberi peluang untuk turut terlibat dalam rundingan sebelum sesuatu skim untuk kakitangan awam dilaksanakan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Bantahan SPBA di sini, hari ini.

Omar menegaskan kerajaan seharusnya memastikan setiap kakitangan perkhidmatan awam yang berjumlah 1.4 juta orang menerima maklumat tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

"Ini kerana, pegawai JPA yang membuat taklimat mengenai SPBA kepada kakitangan awam memberi maklumat berbeza-berbeza mengenai skim tersebut.

"Oleh itu, CUEPACS akan mengutarakan beberapa perkara mengenai SPBA yang dilihat mengelirukan kakitangan awam pada pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 22 Disember ini," katanya.

Jelas Omar, pada pertemuan itu nanti, CUEPACS juga akan membawa isu mengapa kesatuan itu tidak diberi peluang untuk turut sama dalam perundingan bersama-sama JPA sebelum skim itu dilaksanakan.

"Selain itu, tempoh opsyen yang singkat dan kenaikan gred gaji yang berbeza-beza akan dibincangkan pada pertemuan tersebut," katanya.

Omar sekali lagi menasihatkan penjawat awam agar menunggu keputusan pihaknya pada perbincangan yang akan diadakan bersama Najib sebelum menerima SBPA.


Sumber ; utusan malaysia


Semakan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)





Assalamua'alaikum & Salam Sejahtera,

untuk makluman kpd kakitangan Awam anda boleh semak gaji anda dalam skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam pada pautan berikut


http://sbpa.moha.gov.my/sbpa/index.php

ID Pengguna ; No IC anda

Katalaluan ; guna password sistem hrmis anda



Tuesday, December 20, 2011

0 comments

Jawatan Kosong di Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.





Pengisian bagi jawatan tetap sebagai Pembantu Tadbir di Bahagian Khidmat Pelanggan & Hal Ehwal Awam.


Syarat Lantikan KLIK SINI

Tarikh tutup ;
23 Disember 2011

Wednesday, November 30, 2011

0 comments

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Manjung, Perak


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja, untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti di bawah

BIL

JAWATAN

GRED

BIL. KEKOSONGAN

1

Pembantu Tadbir Gred N 17 (Kontrak)

N17

2

2

Pembantu Pengurusan Murid Gred N 17
(Kontrak)

N17

1

3.

Pembantu Am Pejabat Gred N 1
(Kontrak )

N1

5

1. SYARAT KELAYAKAN JAWATAN (KLIK DISINI)

UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN, SILA KLIK DISINI


TARAF JAWATAN ADALAH BERTARAF TETAP/KONTRAK

Permohonan hendaklah sampai kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
JALAN PINANG RAJA
32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN

Sebelum atau pada : 02 HB DISEMBER 2011 jam 5.00 petang


Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Wednesday, November 23, 2011

0 comments

Jawatan Kosong di Pusat Pungutan Zakat



Jawatan :

1. Penolong Pengurus ICT
2. Eksekutif Undang-Undang
3. Pereka Grafik
4. Eksekutif ICT
5. Eksekutif Komunikasi Korporat
6. Eksekutif Penyelidikan
7. Eksekutif Kewangan
8. Eksekutif Zakat
9. Kerani Kewangan
10. Setiausaha
11. Kerani Operasi

DOWNLOAD IKLAN

Calon-calon yang berminat sila tulis permohonan yang lengkap dengan menyatakan gaji yang dipohon, gambar
berukuran pasport, dan salinan sijil kepada :-

Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia
Pusat Pungutan Zakat MAIWP
Wisma PPZ, Dataran Shamelin
No 68 Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-9289 5757

Tarikh tutup : 25 November 2011

Jawatan Kosong di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)



PERMOHONAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) IJAZAH DAN STPM/DIPLOMA DI PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk memohon secara atas talian (on-line) bagi jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) Ijazah dan STPM/Diploma. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 November 2011 (Jumaat).

Syarat lantikan jawatan PSH Ijazah : klik sini
Syarat lantikan jawatan PSH STPM/Diploma : klik sini
Sila klik di sini untuk memohon

Semakan senarai calon yang berjaya untuk temuduga akan disiarkan dalam laman web mulai hari Jumaat, 02 Disember 2011.


Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Kelang


LEMBAGA PELABUHAN KELANG mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang
berdedikasi, bermotivasi tinggi, bertanggungjawab terhadap tugas dan yang berkelayakan untuk
mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

1. Pegawai Undang-Undang L41
2. Pegawai Tadbir N41
3. Penolong Pegawai Tadbir N27
4.Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi) N17

DOWNLOAD IKLAN


DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 2 Disember 2011


Jawatan Kosong di Lembaga Tabung Haji


JAWATAN ;

1. Pengurus Nasihat Korporat & Gubalan (kontrak)
2. Pengurus Unit Sekretarial (Kontrak)
3. Pengurus Unit Litigasi (kontrak)
4. Eksekutif Nasihat Korporat & Gubalan (kontrak)
5. Setiausaha (kontrak)

Permohonan

Hantar resume yang lengkap beserta dokumen2 berikut

- salinan sijil2 akademik dan berkaitan
- sekeping gambar terkini ukuran passport
- menulis nama jawatan yang dipohon pada resume dan sampul surat

DOWNLOAD IKLAN

Bahagian Pengurusan SUmber Manusia
Lantai 27, Lembaga Tabung Haji
201 Jalan Tun Razak
Peti Surat 11025
50400 Kuala Lumpur

Tarikh tutup ; 2 disember 2011 jam 5 petang

Jawatan Kosong di Telekom Malaysia (TM)

Tuesday, November 22, 2011

0 comments

Jawatan Kosong di Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia (LPPKN)

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

1. PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
2. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
3. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN
4. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN


DOWNLOAD IKLAN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 NOVEMBER 2011 (JUMAAT) CARA MEMOHON

(i) Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui Laman Web : http://www.lppkn.gov.my
(ii) Permohonan perlu disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap/lewat akan ditolak.
(iii) Permohonan yang lengkap hendaklah dihantarkan kepada alamat berikut dan tuliskan nama jawatan yang dipohon pada sudut atas sebelah kiri sampul surat:

PUSAT KELUARGA LPPKN SEREMBAN 2, PERSIARAN S2/B3, SEREMBAN 2, 70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. (u.p.: Unit Pentadbiran)

Jawatan Koosng di Majlis Perbandaran Kajang, Selangor



Untuk senarai jawatan kosong sila klik link di bawah.
Iklan Jawatan Kosong - Tarikh tutup 23 November 2011

Untuk muat turun borang permohonan jawatan, sila klik link di bawah.
Borang Permohonan Jawatan

Jawatan Kosong di FELCRA

PROGRAM SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA (SL1M)

Program ini adalah untuk memberi latihan dan pendedahan kepada Pelatih bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pasaran (employability) graduan. Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengikuti program SL1M seperti berikut:-
1.
Pengurus Pelatih
Elaun :- RM 1000.00
COLA :- RM 300.00
Kekosongan :- 25 Orang
Syarat-syarat Lantikan:-
a)
Terdiri daripada warganegara Malaysia;
b)
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
c)
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pertanian/Perladangan/Sains Bioindustri/Kewangan/Perakaunan/Pentadbiran Perniagaan/Komunikasi/Pentadbiran Awam/Teknologi Maklumat/Sains Komputer atau bidang yang berkaitan dengannya dari Universiti Tempatan atau mana-mana institusi yang diiktiraf dan diakreditasi oleh LAN/MQA. Dan
d)
Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Syarikat.
Permohonan hendaklah menggunakan Borang FELCRA 1 atau menghantar ‘resume’ beserta salinan kad pengenalan, sijil-sijil persekolahan serta dokumen sokongan yang telah disahkan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport.
Sila tuliskan nama jawatan di sudut kiri sampul surat dan majukan permohonan tersebut kepada:-

Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia,
Aras 4, Wisma FELCRA,
Lot PT 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya,
Peti Surat 12254,
50772 Kuala Lumpur
Laman Web : www.felcra.com.my

DOWNLOAD BORANG PERMOHOAN

(Borang FELCRA 1 boleh didapati di dalam Laman Web FELCRA)

Tarikh Tutup :- 25 November 2011

Catatan:- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Jawatan Kosong di Pusat Kutipan Zakat Pahang

Permohonan adalah dipelawa kepada rakyat Pahang/warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan seperti berikut : -

Jawatan
  1. Penolong Pegawai Audit ( Lelaki )
  2. Pembantu Pegawai Audit ( Lelaki )
  3. Pembantu Pegawai Zakat ( Lelaki )
  4. Pembantu Tadbir
  5. Pemandu Kenderaan

DOWNLOAD IKLAN DAN BORANG PERMOHOAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat PKZ Pahang yang berhampiran atau dicetak dari laman web www.zakatpahang.my berserta salinan-salinan sijil yang disahkan, sekeping gambar berukuran pasport dan sertakan no.telefon rumah/pejabat/bimbit ke alamat :-

Pengurus Besar
Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang
No.111A, Tingkat 1, Bangunan MUIP
Jalan Mahkota
25000 Kuantan

Permohonan hendaklah sampai ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 25 November 2011.


Tuesday, November 15, 2011

0 comments

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

IKLAN JAWATAN KOSONG BIO NATURE FORMULA
No. Jawatan Kekosongan Tarikh Tutup Detail
1 Admin Cum Account Assistant
1 18 November 2011 Klik


Thank you for your interest in joining FRIM.
Currently there are no vacancies available. Please check this section of our site on a regular basis for details of any future opportunities which may arise.

Download for Job Vacancy Form



Saturday, November 12, 2011

0 comments

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan




MAIWP dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidangbidang
yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di MAIWP.

  1. Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41
  2. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17(Guru Tadika)
DOWNLOAD IKLAN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

DOWNLOAD JADUAL PERJAWATAN

CARA MEMOHON
(i) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan MAIWP/BKP/BP/08
yang boleh diperolehi dengan melayari laman web di http://www.maiwp.gov.my .


ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP :
Ketua Pegawai Eksekutif,
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),
Aras 10, Bangunan PERKIM
No. 150, Jalan Ipoh
51200 KUALA LUMPUR

SEBELUM ATAU PADA : 21 NOVEMBER 2011


Temuduga Terbuka di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur



Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi menghadiri temuduga terbuka jawatan berikut:- IKLAN JAWATAN KOSONG DI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

[ Sila klik di sini untuk melihat iklan ]
1
ARTIS BUDAYA (PEREKATARI) GRED B31
2
ARTIS BUDAYA (JURULATIH) GRED B27
3
AHLI MUZIK (KOMBO) GRED B27
4
ARTIS BUDAYA (PENAR1) GRED B17
5
JURUSOLEK GRED B17


Temuduga Terbuka ini akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut :-

Tarikh
: 16 November 2011 (Rabu)
Masa Pendaftaran
: Sesi Pertama 8.00 pagi - 10.00 pagi
Sesi Kedua 2.00 petang - 4.00 petang
Tempat
: Bilik Taklimat Tingkat 3,
Menara DBKL 3, Bandar Wawasan,
Jalan Raja Abdullah
50300 Kuala Lumpur
No. Telefon
: 03-2617 9612/9609/9614/9613

Catatan
: Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan satu salinan surat beranak, sijil persekolahan dan sekeping gambara foto saiz 3R (tidak dikembalikan)

Friday, November 11, 2011

0 comments

Senarai Iklan Kerja



AGENSI KERAJAAN & TARIKH TUTUP

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) ------ 28/6/2012
Universiti Teknologi Mara, Kedah -------- 14/6/2012
Universiti Malaysia Terengganu ------- 13/6/2012




----------------------------------------------------------------------------------------------------------

SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC) / SWASTA ;


Air Asia ----
Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) ----
Malaysia Airlines ----
Maxis Berhad
--------
Pengurusan Aset Air Berhad ----
Pusat Pendidikan Al-Amin ----
Telekom Malaysia ----




Teknik Menjawab Soalan Temuduga



Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA , Johor


Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-

  1. JURUTEKNIK GRED J17
  2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, UiTM Johor Kampus Segamat atau boleh juga dimuat turun dari laman web rasmi UiTM Johor di http://www.johor.uitm.edu.my

Berikut Di sertakan iklan dan Borang Jawatan Kosong:-

Iklan (.doc) Iklan (.pdf)

Borang Jawatan Kosong (.doc) Borang Jawatan Kosong (.pdf)

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari ISNIN, 14 NOVEMBER 2011.



Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA, Kedah




DOWNLOAD IKLAN
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN


Tarikh tutup ; 23/11/2011